Program
Skim Pinjaman Buku
Teks
(SPBT) mula dilaksanakan
pada tahun
1975. SPBT merupakan
satu
program pinjaman buku
teks kepada
murid yang
layak di
semua sekolah
kerajaan dan
sekolah bantuan
kerajaan. Pemberian
pinjaman buku
teks dilaksanakan
mengikut Dasar
Kelayakan SPBT
yang telah diluluskan
oleh Jawatankuasa
Kabinet.
Program SPBT asalnya
dilaksanakan
bertujuan untuk
meringankan beban
kewangan yang
ditanggung oleh
ibu bapa
atau penjaga
yang kurang mampu
dan memastikan
murid daripada
keluarga yang
kurang mampu
tidak tercicir
dalam persekolahan
mereka. Namun,
bermula tahun
2008, kerajaan
Malaysia telah memberi
bantuan pinjaman
buku teks
kepada semua
murid yang
bersekolah di
sekolah kerajaan
tanpa mengira taraf
kewangan keluarga.
0 comments:
Post a Comment