6 years ago
PENGENALAN SPBT
Program
Skim Pinjaman Buku
Teks
(SPBT) mula dilaksanakan
pada tahun
1975. SPBT merupakan
satu
program pinjaman buku
teks kepada
murid yang
layak di
semua sekolah
kerajaan dan
sekolah bantuan
kerajaan. Pemberian
pinjaman buku
teks dilaksanakan
mengikut Dasar
Kelayakan SPBT
yang telah diluluskan
oleh Jawatankuasa
Kabinet.
Program SPBT asalnya
dilaksanakan
bertujuan untuk
meringankan beban
kewangan yang
ditanggung oleh
ibu bapa
atau penjaga
yang kurang mampu
dan memastikan
murid daripada
keluarga yang
kurang mampu
tidak tercicir
dalam persekolahan
mereka. Namun,
bermula tahun
2008, kerajaan
Malaysia telah memberi
bantuan pinjaman
buku teks
kepada semua
murid yang
bersekolah di
sekolah kerajaan
tanpa mengira taraf
kewangan keluarga.
June 11, 2017
No comments
BILIK SPBT
SK SERI MACHAP,
SIMPANG RENGGAM,
KLUANG, JOHOR.
SEKALUNG PENGHARGAAN
Pada kesempatan
ini, pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah ini merakamkan jutaan terima
kasih terutamanya kepada semua Jawatankuasa Organisasi SPBT 2017 dan warga
SK Seri Machap yang telah berjaya
menyempurnakan tugasan sama ada dari segi dokumentasinya mahupun operasi
pengurusan Bilik Operasi SPBT.
Tidak lupa juga kepada penyumbang-penyumbang individu, Badan Berkanun & Swasta, PIBG, Kedai Buku dan warga sekolah SK Seri
Machap yang telah memberi sumbangan idea, bimbingan, kewangan dan tenaga dalam mencapai kecemerlangan dalam Pengurusan SPBT Cemerlang 2017. Unit
SPBT juga mengucapkan terima kasih kepada Pegawai Pelajaran Daerah Kluang yang memberi kepercayaaan dan penghargaan yang setinggi-tingginya dalam mengendalikan pengurusan SPBT .
Bakti dan jasa tetap dikenang. Terima kasih.
BILIK SPBT DINAIK TARAF, TAHNIAH WARGA KERJA SKSM!
Subscribe to:
Posts (Atom)